Saturday 19 March 2016

Pada 18hb dan 19hb Mac yang lepas warung Z&Z Minimalis Corner telah menerima tempahan makan dari pihak Kolej Komuniti Kemaman yang terletak di Kijal. Tempahan makan ini adalah bagi satu program yang telah dibuat oleh pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) bertempat di KK Kemaman.
Kami telah bertungkus lumus menyiapkan tempahan tersebut supaya kualiti dan servis adalah terbaik.

Gulai ayam

Nasi putih + telur masin + salad

Menu utama kami Kari asam pedas claypot
Banyak pengetahuan, pengalaman dan pengajaran yang telah kami perolehi. Kesemua ini adalah azimat kepada kami dalam menguruskan Z&Z Minimalis Corner supaya dapat memberi sumbangan terbaik kepada anda.

Terima kasih kepada KK Kemaman dan UMP yang sudi membuat tempahan dari kami.
Segala kekurangan kami akan sentiasa perbaiki.
Segala kebaikan adalah dari Allah S.W.T jua.

Semoga kita dapat berurusniaga lagi pada masa akan datang!!

No comments:

Post a Comment