Bau hanyir pada ikan adakalanya boleh merencat mood untuk menikmati hidangan tersebut jika baunya cukup menusuk dan kuat. Terutama sekali ikan air tawar . Kali ini penulis ingin berkongsi petua lama orang dulu-dulu untuk hilangkan bau hanyir ikan sekaligus mengurangkan lendir.
Jangan risau, bahan-bahan yang digunakan untuk hilangkan bau hanyir ikan tidaklah rumit. Hanya menggunakan barang-barang yang mudah didapati di dapur-dapur. Antaranya adalah seperti dibawah :
1. Garam
Setelah ikan siap disiang dibuang perut dan dibasuh. Ambil beberapa sudu garam dan gaulkan pada ikan. Teknik ini memang berkesan untuk mengurangkan bau, mematikan kuman dan menghilangkan lendir. Kelemahan pada teknik ini, kebiasannya rasa manis pada ikan akan berasa kurang.
2. Asam Jawa
Salah satu cara hilangkan bau hanyir ikan adalah lumurkan asam jawa pada ikan yang telah siap dibersihkan. Boleh juga ditambah air dengan merendam ikan terbabit. Cara ini memang berkesan untuk menghilangkan bau hanyir ikan dan lendir.
3. Serbuk Kunyit
Teknik yang sama digunakan seperti cara melumur. Tetapi disebabkan serbuk kunyit adalah dalam bentuk serbuk, Bagi membuatkan serbuk kunyit kelihatan pekat dan melekat pada ikan. Sebaik-baiknya ikan tersebut ditapiskan dan gaulkan serbuk kunyit ke dalam ikan yang berada didalam tapis kerana tiada air yang terperangkap dan membuatkan serbuk kunyit menjadi cair.
4. Serbuk Kari
Caranya sama seperti dengan cara menggunakan serbuk kunyit seperti diatas.
5. Tepung Jagung
Tepung jagung sering digunakan untuk memekatkan kuah didalam masakan. Caranya bancuhkan tepung dengan sedikit air. Jangan terlalu cair. Susunkan ikan didalam bekas. Pastikan sebatian tepung tadi menutupi paras ikan atau pastikan semua ikan terkena tepung.
6. Tepung Gandum
Boleh menggunakan seperti cara menggaulkan ikan di dalam tapis atau bancuhkan dengan air seperti teknik menggunakan tepung jagung seperti diatas.
7. Limau
Jika ada limau purut lagi bagus. Jika tak, gunakan limau nipis. Caranya potong limau. Kemudian gososkkan limau yang telah dipotong tadi ke atas semua badan ikan sehingga bahagian dalam ikan (bahagian perut yang telah kosong setelah dibuang). Gosok sehingga limau tinggal hampas.
8. Daun Jambu Batu
Bagi mereka yang tinggal dikampung-kampung. Daun jambu batu hanya boleh dipetik sahaja diluar rumah. Ambil beberapa helai daun jambu batu, bersihkan daun kemudian ramaskan daun dalam bekas yang berisi air. Kemudian masukkan ikan ke dalam bekas berisi air daun jambu batu tadi atau tuangkan air tersebut dalam bekas yang berisi ikan.
9. Daun Pisang
Walaupun anda tidak menetap di kampung. Daun pisang kini mudah didapati di pasar-pasar. Ambil sedikit daun pisang. Ramaskan daun tersebut bersama-sama dengan ikan didalam bekas. Cara ini juga berupaya untuk hilangkan bau hanyir ikan .
10. Cuka Makanan
Selalunya teknik ini akan digunakan jika lendir pada ikan agak susah dihilangkan selepas dicuci berulangkali contohnya seperti ikan air tawar. Teknik ini tidak memerlukan perapan yang lama. Hanya bilas ikan dengan sekali lalu dengan cuka makanan. Sental-sentalkan kemudian terus basuh. Jangan biarkan ikan terkena cuka begitu lama.
Selamat mencuba. Anda juga mungkin boleh berkongsi cara anda sendiri untuk hilangkan bau hanyir ikan dalam ruangan komen dibawah.
Kredit : http://www.abangbrian.com/
No comments:
Post a Comment