Sunday 8 May 2016

5 Rahsia Kebaikan Serbuk Kari Yang Anda Belum Ketahui


Serbuk kari diperbuat daripada pelbagai herba dan rempah ratus. Bahan-bahan yang terkandung didalam serbuk kari bergantung kepada citarasa masyarakat di negara pengeluar tersebut. Tetapi kebiasaannya serbuk kari mengandungi kunyit, ketumbar, buah pelage dan jintan putih. Kesemua bahan-bahan tersebut mampu memberi manfaat kepada tubuh badan anda.


1. Mengurangkan Berat Badan




Jika anda ingin menguruskan badan dengan semulajadi, semangkuk hidangan kari mungkin dapat membantu anda. Bahan-bahan seperti kunyit dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme anda dan secara tidak lansung dapat membantu anda untuk membakar lebih kalori dan lemak dalam tubuh badan anda. Terdapat kajian yang menunjukkan serbuk kari juga dapat membantu anda untuk mengurangkan tahap kolestrol dan menghalang pembentukkan batu karang.


2. Melindungi Tulang Anda



Serbuk kari yang mengandungi pelbagai herba dan rempah ratus dapat membekalkan tubuh badan anda dengan vitamin dan mineral yang penting. Kunyit yang terkandung didalam serbuk kari dapat memberi kesihatan kepada tulang anda. Walaupun kajian terhadap manusia masih diperingkat awal, tetapi kajian yang dilakukan kepada haiwan menunjukkan kunyit dapat meningkatkan kadar pertumbuhan semula dan pemulihan tulang.


3. Menghalang Daripada Penyakit Alzheimer



Kajian mendapati bahawa bahan aktif didalam kunyit iaitu, curcumin, yang juga merupakan bahan utama didalam serbuk kari mempunyai vitamin D3 yang dapat meransang sistem imunisasi didalam badan anda. Tujuannya adalah untuk menyingkirkan amino asid yang menyebabkan perbentukan plak didalam otak dan membawa kepada penyakit Alzheimer. Terdapat juga kajian yang dilakukan oleh Jeffrey Cole, seorang penyelidik daripada UCLA, mendapati penduduk di negara India mempunyai kadar yang menghidap penyakit Alzheimer adalah 4 kali lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Syarikat yang dimana mungkin berkait rapat dengan pengambilan kari yang banyak.


4. Menghalang Kanser



Rempah ratus yang terkandung didalam serbuk kari dapat membantu tubuh anda untuk melawan kanser terutama sekali kanser usus. Bahan-bahan utama didalam serbuk kari seperti kunyit dapat melegakan keradangan didalam tubuh badan. Keradangan yang kronik boleh membawa kepada perkembangan sel-sel berbahaya. Dengan pengambilan serbuk kari, ianya dapat menghindari anda daripada menghidapi kanser.


5. Penghadaman



Lada hitam yang terkandung didalam serbuk kari dapat membantu melancarkan sistem penghadaman anda. ianya juga dapat mengurangkan gas didalam perut. Bahan lain seperti kulit manis dapat membantu memulihkan masalah cirit-birit dan muntah.



Kredit to: DiariKurus.com

Saturday 7 May 2016

Tuesday 3 May 2016

Kari asam pedas claypot ikan Tombok @ Z&Z Minimalis Corner